Friday, November 28, 2008

How I've Loss RM2,500 From This Program

First of all, aku nak bagitau, aku BUKAN nak memburukan nama company J&C PACIFIC nie, nanti diorang saman aku plak. Dah laa rugi RM2500, kalau kena saman plak, nanyaaaaa wooo. Aku cuma nak share pengalaman aku dengan company nie dan program yang diorang uruskan.


MIBO atau nama penuh dia Malaysian Independent Business Ownership ialah program yang diaorang jalankan untuk “membantu” orang jadi businessman lahhh ”konon konon nya”. Aku bukan nak kata program nie tak bagus, tak interesting…. kalau tak menarik…buat apa aku join…Cuma masalah technical yang membuat aku rasa tak puas hati.

So, kat sini aku nak mula cerita macam mana semua bermula:


Mula-mula diorang call offer untuk dengar presentation, masa tu kat sebelah Midvalley. (Tak tau macam mana diorang dapat no phone aku!!!). Diaorang tak mahu bagitau berapa harga nak join kat telephone, cuma suruh aku datang dan dengar dulu presentation. Memandangkan aku bukan dari KL atau kawasan yang sewaktu dengannya, so aku kena travel lah sket. No hal lah bab tu, side income punya pasal kannn. (Maklum sajalah….kos sarahidup semakin tinggi, kena la cari alternative untuk ada side income)


Bila sampai hari “presentation” (bukan macam Irfan Khairi punya presentation..more to 1 one 1 explaination) aku pun pergi laaa. Nak dengar apa kebendanya nie…Dia pun explain kat aku tentang benefit join program nie, komisyen sana sini…boleh buat duit…..tak bagitau lagi berapa nak kena keluar duit.


Antara benefit dia:

Komisyen untuk sale dari streamyx sehingga 250%. Kalau 1 orang register, pakai pakage RM90++ punya korang dah boleh dapat dekat RM250. Tak menarik ka..Celcom pun ada dia punya komisyen rate, Morrison yang aku paling tertarik sebab boleh dapat komisyen monthly (14% kot dari bill penggunaan), sehingga 3 tahun selagi customer korang pakai. Astro, MBF, TM, iZZi, semua ada commission rate masing-masing Semua nama yang gah dalam industri telekomunikasi dinegara kita (kecuali MBF- credit card).


Of course aku tertarik dengan “peluang” nie…tapi macam mana caranya….???

Disinilah diorang promote untuk join program MIBO, kononya macam dapat “lesen agung” lah. Dapi jadi agent untuk jual product-product dari company-company tadi tu. {Reminder: Tak bagitau masa presentation yang kita kena BELI SENDIRI semua barang / peralatan untuk membuat sale}


Bila aku dah tertarik nak join, aku pun tanya lah harga nak join…..nie part yang best nie..

Ada 2 jenis membership. Gold & Classic. Kalau rasa korang mampu, boleh join untuk Gold membership, harga dia RM20,000 cash. Kalau tak mampu nak cekup cash sebanyak tu, boleh join Classic membership macam aku, harga dia RM25,000 hutanggg. Murahhh nyerrrr…

Cerita pasal membership, untuk Classic ni macam nie, korang kena bayar RM2500, (RM2000 untuk down payment dan RM500 management fee). Then apply loan sebanyak RM23,000. Diaorang sendiri jadi guarantor untuk loan, sebab diaorang pun nak buat duit jugak.

Sebelum aku agree apa-apa untuk join..aku kata aku nak balik pikir-pikir lah dulu, boleh ke tak…mampu ke tak…macam-macam lah nak pikir…jawapan yang diorang bagi kat aku….

NO. Take it or leave it. Punya sombong bahasa. Dah la kita datang jauh-jauh semata mata untuk dengar benda nie, dibaginya ayat macam tuu..[kat sini la aku punya male ego kick in]. Pigidahhh..ingat aku tak mampu ka nak bayar RM2500 on the spot. (mampu memang tak mampu pun, pakai credit card laaa). Laju jaaa dia ambil….

{Dia mention yang "lesen' ni diorang offer untuk 1000 orang sahaja, No walk-in application}


Bila dah bayar baru dia bagi tengok agreement, sorry, bukan tengok, sign dulu baru dapat tengok. Lepas tu suruh kita balik consult dengan lawyer pulak kalau tak paham pasal agreement tu. Sempoi gak cara niee. {Remainder: agreement tu aku sign tanpa witness dari pihak aku dan dari pihak J&C PACIFIC, so diorang mungkin boleh pakai someone from the street to sign as my witness sebab original diorang pegang and sign at any time they wish, date pun diorang tak letak}

*Don’t make the same mistake I did.*


Sepatutnya, sebagai satu “company yang besar” tak boleh ka, assign sorang untuk go through the agreement with you, your customer yang dah spend money on you. Orang tu juga boleh jadi representative atau witness untuk agreement tersebut. Baru laa fare untuk kedua dua belah pihak. Jangan assume saja, because that’s what they did. They give you the agreement, assume you understand everything. I’m not making this up, this is there own word. They assume.


Dia ada bagitau 7 hari punya cooling day period dimana kalau korang nak cancel, boleh dan dia akan refund RM2000 duit down payment, management fee RM500 burn. {Reminder: Tak bagitau 7 hari dari bila, dari join program ka, dari approval date ka, dari bayar ka, dari sign agreement ka - ada sebab aku note kat sini}.


So naturally, bila dah bayar RM2500, tak kan nak terus buang RM500 dalam 7 hari, mesti nak tau apa cerita lanjut. {Reminder: dalam 7 hari tiada apa apa info atau preview tentang program dari J&C PACIFIC}.

Masuk minggu kedua, baru la dapat satu SMS info tentang login ID, password, mail dan address untuk satu web portal. Aku pun login la nak tengok apa kebendanya. Kat portal tu ada la dia explain tentang commission rate yang korang boleh dapat, sama macam presentation tu laa. Dia ada explain jugak tentang product, tentang current promotion and stuff like that. Basically, it’s pretty much the stuff that you can read in the papers.

Dia tak explain macam mana nak dapat barang pun, kalau ada application, borang-borang nak hantar kat mana, dari segi jual beli nie, tak bagitau pun nak kena ambil lesen perniagaan ka, apa ka.. NOTHING.


Lepas tu aku dapat SMS lagi suruh pergi satu sesi orientation,(macam sekolah la pulak). Lepas tu dia bagi satu schedule for product training. Sebab time diorang set untuk orientation tu kena normal working day aku, macam mana nak pergi, aku bukan dari area KL. {Reminder: Masa presentation, dia kata semua kita boleh schedule time sendiri for this program}, product training tiap-tiap hari Sabtu & Ahad, different product on different day - Not like what they say at the presentation}.{they also said that there is an office in Penang-but actually, they lie about this}


Time goes by, dah 3 bulan dari tarikh aku "bayar". Aku memang tak ambil apa-apa action dan tak pernah pun pergi dia punya orientation mahupun dia punya training, diorang pun tak ada inform aku tentang status application aku, loan dah approved ka apa. Agreement pun tak tau laa diorang dah sign ka apa, sebab original agrement ada kat diorang. Mula mula nya, niat tu nak tunggu sampai masa aku ready dari segi time and financial lah dulu. Sebab masa tak mengizinkan….sibuk bekerja. Tu lah susah jadi kuli nie, kerja penat-penat pun boss yang kaya, nak jadi boss, masuk program nie, dah jadi macam nie pulak. Tak dak rezeki lagi kot, atau mungkin ada hikmah disebalik apa yang berlaku kat aku Huk..huk..huk..


Dah lepas 3 bulan tu, aku tak start apa–apa, ada satu surat dari J&C PACIFIC mintak duit management fee RM100 untuk bulan pertama. Selang dua tiga minggu, dapat surat kedua, management fee lagi RM100 untuk bulan kedua then sampai surat mintak lagi untuk bulan ketiga. Total dah RM300. Diorang kata aku hutang dan kena bayar. {Reminder: this to be discuss later} Aku pun mail balik kata aku nak quit laaa. Apa hal pulak benda yang aku tak start lagi dah kena bayar, apa satu benda pun tak tau lagi, status ka apa. Lepas tu aku tanya-tanya laa, tak boleh ka dapat balik aku punya down payment. RM2000 tuu sebab loan RM23K tak tau lagi dah approved atau tak, so kalau tak approved, sepatutnya diorang bayar balik downpayment RM2000 tuuu, kalau approved, apasal bank tak ada inform aku dan mana pergi duit tu. RM2000 down payment, bukan RM200. Kalau dua ratus, boleh laa pejam mata, buat-buat lupa. Jawapan diorang mudah dan tak ada tolaransi, NO. Semua as per agreement. Termasuklah management fee RM100 minimum setiap bulan. (Dia ada bagi schedule).

Rasa tak puas hati aku timbul bila dia bagi jawapan macam tu. Semua as per agreement. So, tak ada tolaransi langsung dari pihak management J&C PACIFIC nie.

Bila aku tengok agreement, aku rasa aku deserved to get back the down payment of RM2000.

They already assume I understand the agreement, so aku nak tulis lah apa yang ada dalam agreement tuu and elaborate from my understanding. Aku tak tulis semua laaa, banyak page wooo, penat dah menaip nie, aku ambil point-point penting bagi aku je laaa. Aku nak ambil 2 clause penting bagi aku saja:


[Agreement]

Part A

1.1 Successful applicants who are approved as MIBO Member are hereby appointed by J&C PACIFIC PACIFIC Sdn Bhd to resell the Products (as define below) effective from the approval date of the MIBO Member’s application.


[My understanding, since they assume that I do]

This is an application, tak tahu lagi dah approved atau tak. Pihak J&C PACIFIC juga tidak inform on this status until today. J&C PACIFIC pun tak keluar surat ka apa regarding this matter. Sepatutnya kalau approved, ada satu appointment latter or something, macam baru dapat kerja, ada surat. Takkan nak redah masuk kerja kottt.


[Agreement]

Part D

1. Joining Fee

The MIBO Member shall pay the following joining fees

Gold MIBO Member – RM20,000.00

Classic MIBO Member – RM25,000.00

which shall payable upon approval of application.

Notwithstanding the foregoing, a Classic MIBO Member shall be required to pay in cash RM2,000 (as down pay and being part of the applicable joining fees of RM25,000) no later than upon the signing of this Agreement. The said RM2,000 shall be refundable only in the event the application by the Classic MIBO Member for Facilities shall be refused by the Financial Institution.


[My understanding, since they assume that I do]

(Quote: which shall payable upon approval of application.) Macam aku kata tadi, tak ada feedback regarding this till now.

(Quote: the said RM2,000 shall be refundable only in the event the application by the Classic MIBO Member for Facilities shall be refused by the Financial Institution.)

Tak ada pulak bank call bagi tau application untuk loan RM23,000 aku dah lulus. So bila masa aku bayar dia punya joining fee in full.


So, walaupun aku tak dapat info regarding the status of application, tak start the program, they don’t care. Management fee tetap jalan, duit down payment tak akan dapat balik. Salah aku jugak sebab ambik masa yang terlalu lama untuk nak tengok masalah nie. Banyak lagi masalah dalam hidup aku, mesti solve satu per satu. Bila sampai turn MIBO, dah terlambat. Apa-apa pun, aku sekarang dah kerugian RM2500 untuk nie. Plus, diorang mintak aku bayar monthly management fee RM300, as honor to the agreement. J&C PACIFIC sendiri tak honor dia punya side, nak aku honor aku punya side pulak. Dalam latter yang dia bagi masa mintak management fee tu, dia bagi masa 7 hari untuk bayar, kalau tak dia terminate….tak terminate pun…charge lagi ada laaa...


What they might say:

Program ini “special” dan terhad, untuk 1000 orang sahaja. (baru baru nie ada baca dalam forum, konon untuk 2000 orang)


Actually:

Dia ada recruiting method bila dah join, boleh cari downline macam MLM, dapat commission. So, entahlah berapa orang sebenarnya boleh join.


Dalam forum yang aku baca, dia kata kalau tak dapat loan RM23K, duit deposit dapat balik, actually NO. They don’t give back the money. Aku, loan tak dapat, duit deposit pun tak dapat.


Tentang agreement pulak, bila aku dah bagitau yang aku nak berhenti, nak claim balik down payment, baru dia nak bagi.(Just got the SMS asking me to pickup the agreement kat office diorang kat Jln Ipoh)


Summary of MIBO Program.

Joining Fee

Gold - RM20,000 (If can pay cash)

Classic - RM25,000 (If want to make loan) – [RM2,000 Down payment] – Total RM2,500 upon “application”.


Monthly Fee:

If your making,

RM0 - RM10,000-----------------RM100(management fee)

RM10,001 – RM30,000--------RM300(management fee)

RM30,001 – RM50,000--------RM500(management fee)

RM50,001 – RM70,000--------RM1,000(management fee)

RM70,001 – RM100,000------RM1,500(management fee)

RM100,000 and above--------RM2,000(management fee)


Annual Fee:

RM2,000


Product:

Buy yourself.


Satu bab lagi, I’m not sure about this, tapi mungkin kena ambil lesen perniagaan lagi. Kalau tak, macam mana nak berniaga.


Apa yang aku ceritakan adalah melalui pengalaman aku sendiri. Bukan dengar cakap orang, bukan salin cerita orang. Sekarang J&C PACIFIC berkeras tak nak berkompromi untuk membayar balik down payment aku sebanyak RM2000 dan mintak aku bayar dia punya management fee RM300. That means aku dah kerugian RM2,500 untuk MIBO (mungkin lebih kalau aku bayar dia punya monthly fee 3 bulan RM300). Kalau beli barang harga RM2500, tak pakai pun, nampak, tak berkenan pun boleh jual balik. Sekarang, padan dengan muka aku yang tak hensem ni. Aku ada offer, to make a win-win situation lah kononnya, deduct saja RM300 tu dari down payment aku so that aku claim balik RM1,700 saja, tuu pun tak dapat.


So, kalau nak join program MIBO nie, kau pikir pikir lah sendiri….bukan tak bagi, bukan melarang. Cuma nasihat, cuma peringatan. Jangan apa yang terjadi kat aku, jadi kat korang. Aku tak kata idea program ni tak bagus, duta program nie pun Irfan Khairi.(Jutawan Internet), Cuma J&C PACIFIC punya management yang aku rasa bermasalah. Kalau ada modal & masa, join lahh at own risk.


Dalam hal nie, aku dah tak boleh nak salahkan sapa-sapa lagi kecuali aku sendiri sebab percaya dan berharap. Semoga ada hikmah disebalik apa yang berlaku kat aku dan peringatan kepada sesiapa yang nak join.

Search How To Make A Decent Money